COLOR & TONE: Sunset atau Sunrise
Bertemu kembali dalam blog yg tak seberapa ni... huahuahua Harini, saya nak membincangkan tentang landscape photography, perkaitannya dengan warna dan tona. Harus diingat, penulisan ini tiada kena mengena dengan HDR atau photo manipulation... ia hanya perbincangan secara teori dan sedikit teknikal tentang kesesuaian warna dan tona di dalam landscape photography.
Saya ingin bertanya anda. Kalau sunset, warnanya kebiruan atau kemerahan? Anda pilih. Rata-rata kebanyakan photographer di luar sana, kadang2 ada yang terkeliru dengan benda ni. Anda mungkin ada yang perasan di ruang2 komen Flickr, bila seorang photographer ni upload gamba sunrise, ada photog lain pulak yg komen "Great shot of sunset"... ada yg komen, "Wow, very nice sunrise"... kesian gila photographer yg shoot sunrise tu, dahlaa kena bangun awal pagi..
Oooppss, haa kan dah confuse... mana satu sunrise, mana satu sunset...
So pemilihan warna pada keadaan ini tersangatlah penting. So ini tips mudah utk anda. Jika waktu pagi, anda rasa apa? Sejuk bukan? Kalau waktu petang, secara normalnya..panas kan? So, based on this feeling.. anda boleh memilih warna dan mood yg betul. Bagaimana? Senang saja, jika anda ingin shoot sunset, setkan pd white balance di dslr anda dengan color2 warm seperti orange/merah/kuning.. manakala jika anda ingin shoot sunrise, setkan lebih biru/ungu pada white balance setting anda.
Ada di antara photographer mempertikaikan teknik mudah ini dgn mengatakan..pemilihan color adalah subjektif. "Aku punya shot, aku punya suka laa". Betul, shot anda, anda punya sukalaa.. tapi meh buang sifat ego tu dan tengok dunia luar. Anda bangun pagi2 dan berdiri mengadap matahari terbit. Lihat bagaimana perubahan tona dan warna di sekeliling anda, dari gelap hitam ke biru gelap kepada keunguan kepada biru dan sedikit kekuningan dan perhatikan sehingga matahari terpancar. Lihat betul2 dan rasa2nya ada tak WARM TONE/COLORS sepanjang itu?
Begitu juga dgn sunset.. perhatikan betul2 perubahan tona yang berlaku dilangit dan di sekeliling matahari. Mostly sunset adalah warm tone & sunrise adalah cool tone. Ini penting, ingat betul2.. sunset warm dan sunrise cool...jangan terbalik... Sebabnya ringkas, Allah jadikan alam ini sangat perfect.. termasuk cahaya dan warnanya, dan bila kita ubah, ia akan jadi tidak tepat atau tidak betul.
Tetapi, ini tidak bermakna anda dikongkong oleh warna2 warm/cool sahaja.. Bermain dgn tona memberikan anda kebebasan untuk mencantikkan shots anda mengikut kesesuaian. Ketika ini, anda perlu pandai bermain dgn color curve, pilih sewajarnya.. mengikut kumpulan warna yg bersesuaian.
Berikut ialah contoh warm tone yang telah digunakan di dalam sunset...
Sunset: Pantai Rambah, Pontian. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa
Manakala, shot berikutnya menunjukkan penggunaan sedikit biru di dalam white balance setting dslr yg digunakan. Sila perhatikan kedua2 shot ini da comparekan moodnya dan perbezaan dari segi tona dan warna.
Sunrise: Nusa Bayu, Nusajaya. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa
Perbezaan warna dan tona yang ketara di antara dua shot ini, menjelaskan dgn nyata mood dan keadaan ketika photo ini di ambil. Fresh feeling, cool and cold adalah begitu jelas dalam shoot sunrise. Manakala sunset menampilkan rasa warm, panas dan terang.. Sesuai dengan keadaan matahari yg terpancar terang.
Jelas, menunjukkan penggunaan warm tone dan cool tone pada keadaan yang bersesuaian mampu memberi impak yg berbeza pada sesuatu photo. Haaaa, amacam? Sudah dapat apakah kesimpulannya. So, pilihlaa warna dan tona anda dengan bijak.
Harus ingat, anda jgn silap pula antara "blue hour , sunset atau sunrise". Blue hour mempunyai kondisi warna sekeliling yang sgt berbeza. Perkara ini akan saya terangkan pada Next post saya ok..
Berikut ni pulak contoh pemilihan tona yang pelik dan pada rasa saya kurang tepat malah kurang enak mata memandang...
Sunrise: Penggunaan kelvin yg berlebihan. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa
Photo di atas menunjukkan penggunaan Kelvin yg berlebihan dari yg sepatutnya. Sedikit "tint" ungu sudah cukup untuk shot ini sebenarnya. Namun, bila penggunaan yg melampaui batas, naturalistic dalam photo ini sudah hilang. TETAPI, jika attention anda untuk meletakkan tone ini di dlm group shots (sbgai identity anda sendiri, x mengapa). Ia hanya menjadi pelik dan salah, jika ia tampil sebagai single shot sahaja.
Sunrise: Penggunaan warna warm untuk sunrise menimbulkan rasa panas,
warm feeling serta kehilangan fresh feeling yg sepatutnya ada.
AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa
Photo sunrise di atas, menggunakan color warm yg melampau, yg menunjukkan ia kehilangan rasa "fresh" dan segar serta mengelirukan seakan-akan ia adalah sunset. Maknanya, mood shot ini sudah lari dari definisi awal, iaitu sunrise yg menenangkan...
Sunrise: dengan color yg macam sunset. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa
Photo di atas, mempunyai color blending yang bagus, tinted kelvin yg kurang melampau dan natural. Tapi sekali pandang, anda pasti ia adalah sunset bukan? Haaa, konpius bukan?
Padahal shot ini dilakukan pada waktu pagi...hehehe
Sunset: Do you feel like morning?
AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa
Haaa ini pulak bila sunset menggunakan tona yg purple yang berlebihan. Persoalannya, adakah anda rasa ini waktu sunset? Atau anda akan konpius, sama ada ini sunset atau blue hour atau sunrise? Harus di ingat, blue hour mempunyai tona nya tersendiri... itu akan dibincangkan nanti.
So, selepas membaca semua yg saya tulis ni. Dapatkah korang semua bezakan antara color tone sunset dan sunrise dengan kaedah yg betul?
Own Art Direction
However, memang tidak dinafikan setiap photographer mempunyai art direction tersendiri. Ia terpulang kepada setiap photographer untuk menghasilkan efek2 yang diingininya. Namun, harus di ingat, penataan cahaya, warna dan tona yg baik, mampu menghasilkan efek yang natural, betul dan berkesan. Yang paling penting, anda harus ingat, tona dan warna adalah untuk menghasilkan mood di setiap shot anda. Mood yang bagus, memberi impak yang mendalam. Warna dan tona adalah salah satu cara untuk menghasilkan mood yg bagus.
Tepuk dada, tanya selera.
NEXT POST: Apa dia "blue hour" dan penggunaan warna/tona di blue hour..
Sebarang komen dan tokok tambah dari anda amatlah di alu-alukan. Jom kita share knowledge pasal color dan tone di dalam photography bersama2. Jangan kedekut ilmu beb.. jum kongsi2..