TIPS FOTOGRAFI : ALAM DAN LANDSKAP

TIPS FOTOGRAFI : ALAM  DAN LANDSKAP


1. Maksimumkan Depth of Field - Cara yang paling mudah untuk mendapatkan DOF yang maksima ialah dengan memilih Aperture yang rendah (nilai nombor yang besar). Semakin kecil nilai Aperture yang anda pilih, maka semakin maksimum nilai DOF yang akan anda dapat. Sebagai contoh f22 / f25. Ada ketikanya, dengan memilih Aperture yang kecil, ia memerlukan anda untuk menggunakan ISO yang tinggi / memanjangkan tempoh masa shutter, bergantung kepada bagaimana hasil yang anda mahukan.


2. Penggunaan Tripod dan Remote - Penggunaan tripod dan remote amat penting di dalam fotografi landskap kerana fotografi landskap selalu menggunakan Aperture yang rendah yang mana memerlukan kamera dalam keadaan pegun dan ini memerlukan tripod dan remote.


3. Titik fokus - setiap foto memerlukan titik fokusnya tersendiri, begitu juga dengan foto landskap. Anda perlu mengelakkan dari menangkap gambar yang kosong tanpa mengarahkan mata kepada mana-mana titik fokus. Objek seperti pokok, gunung, pagar, pintu, bangunan, matahari dan sebagainya juga boleh dijadikan sebagai titik fokus. Menyebut tentang titik fokus, anda perlu mengetahui  kepentingannya sepertimana penggunaan komposisi "Rule of 3".


4. Foreground - Jangan lupakan tentang foreground kerana ini adalah antara elemen penting yang selalu dilupakan oleh jurugambar. Penggunaan foreground boleh menambah sense of depth kepada foto anda.


5. Langit dan awan - Langit dan awan adalah salah satu elemen yang perlu anda ambil kira di dalam fotografi landskap. 


**terlalu busy skang ni, saya akan sambung lagi nanti, banyak lagi ni beb

No comments:

Post a Comment

shoutout ur souls!!!