Doa Bagi Bebaskan Dari Hutang

 

Doa Supaya Bebas Hutang dan Beban Masalah Kewangan 

(Surah Ali Imran - Ayat 26-27)


Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya.

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dengan sanad yang jayyid dlm Bab Doa, Muaz r.a.pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas mengajarnya membaca ayat ini... 

Surah Al-imran Ayat 26-27

Katakanlah (wahai Muhammad): 

"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. (Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)

(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal - Ustaz Hj Zahazan Mohamed)




Setelah beberapa Bulan

Wah aku kira2, agak lama juga tempoh "kehilangan" aku nih dari alam photography... Nama tujuhjiwa agaknya da tenggelam jauh kut.. Memang gatal je tangan nak shooting and jeles jugak bila member seperjuangan yang dahulunya sama2 bangun dah tinggalkan aku sangat2 jauh. Masing2 dah buat nama, buat pameran sana sini, bagi talk sana sini... Aku? haha masih disini terkebil2.. Damn, memang bukan rezki aku nampaknya tahun 2011 ni.. Planning untuk beli dslr baru memang ada, tapi modalnya kenalaa ngumpol kembali... Itu yang makan masa, sebab komitmen lain pon kena ambik kira...

Tapi pengalaman ni memang betul2 buat aku hargai photography dan membakar semangat aku. haha Masa yg sngt lama memang boleh buat aku berfikir lama.. Antara Nikon D7000 dengan Canon 7D memang sangat tempting. Tapi memilih untuk meninggalkan nikon, memang menyedihkan..hahaha Serius beb, memang sedey sbb bg aku nikon sgt user friendly, wlaupon pakai d90 je dulu, tapi hasilnya memang superb. Tapi setelah riki2 sekeliling dunia... Canon 7D memang takbley nak hilangkan dari choices...
Dan dilemma jugak skang ni... either nk stick pada D90, atau menyimpan utk D7000 atau bertukar arah ke 7D...

Argggghh!!!

Salam Maulidur Rasul


SALAM MAULIDUR RASUL TO ALL OF YOU.

This shot taken when we have our holiday at Pantai Balok Kuantan Pahang. This place are quite amazing for slow shutter especially near pantai batu hitam.. however, i dont have any opportunity to do so, so no shot of that at all.

This are effect to me when always seeing thing in wide... hahaha everything are to wide until important details are to small and the background are too big. I'm ok with it, but my teacher last time teach to avoid negative spaces in shots which now i did it. aiyaa cikgu, sorry laa ye...

the day has come


i just bought my self a basic set of tianya square filters which i find it good as cokin. How ever i dont want to compare it in details with cokin or other famous filter coz there must be pro & cons. So, it depends on ur budget and choice.

I bought this as a gift for my birthday.. yeayyy!!! try my serious first shot just after Khairi wedding for few minutes after rush back to sleep and fetch my baby from the baby sitter.
hehe sambil2, bila lagi kan?


anyway the effect produce by the filter is amazing. No need to use photoshop to produce dramatic effect. The set are includes Nd4, Nd8, graduated grey, graduated blue,  graduated orange (sunset) , filter box, individual box, 67mm filter tread, and filter holder. All of this only s$75 which are amazingly cheap if compared to Cokin or Lee filters. But true, cannot compare the quality produce by those premium brands.  hehehe anyway somehow i'm quiet happy with this filters. If time permits and can go out shooting, i'll post some shots taken with this filters. Adios!!!

COLOR & TONES: BLUE HOUR



APAKAH BLUE HOUR?


The blue hour comes from the French expression l'heure bleue, which refers to the period of twilight each morning and evening where there is neither full daylight nor complete darkness. The time is considered special because of the quality of the light at this time of day.


Blue hour kalau direct translation bermaksud jam biru.. Ermm apakah jam bewarna biru? haha tapi kita jgnlaa dengan bendulnya mentafsir macam tu.. hehe Blue hour adalah perubahan warna yang berlaku ketika perselisihan matahari terbenam/terbit ke waktu selepasnya itu, sama ada malam atau siang. Sama ada blue hour itu berlaku selepas sunset atau sebelum sunrise. Waktu ini, keadaan langit tersangatlah kebiru-biruan.


PENGGUNAAN TONA/WARNA


Jelas kita ketahui tentang blue hour. Jelas juga kita tahu blue hour mempunyai tone warna yg cool dan tidak panas seperti sunset. Tidak kira blue hour itu berlaku selepas sunset atau sebelum sunrise. Yang pasti, ia memang biru dan bukan warna lain. 


Oleh itu, jelas juga yang anda sebagai photographer yg bijak, perlu menggunakan warna2 di dalam group yg sama. Bermakna TIDAK ADA warna warm diperlukan ketika ini.  Jika terdapat photo yg menggunakan color yg warm ketika blue hour... 


Namun, jika intention anda untuk highlight kan certain part dalam photo anda kepada warm.. boleh je pakai, tapi memadai dengan sedikit sahaja value yg digunakan. Jika terlalu banyak, maka itu dah bukan blue hour nama nya..




Penggunaan minimal di dalam setting Kelvin>white balance mampu membuat
photo anda mempunyai sedikit gradient dan tona warna yg natural.
AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa


Kadangkala, kita takperlu pon guna Kelvin untuk
mencantikkan photo anda, alam itu sendirinya indah.
AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa

MINIMAL - Gunakan seminimal boleh tint of color supaya shot anda tidak rosak atau nampak fake atau plastik. Kebiasaannya, jika saya.. (menggunakan Nikon D90 je).. Saya akan ke white balance>Kelvins>slight blue/purple>2000k-4000k mengikut kesesuaian.. jangan banyak sangat beb, nanti macam overdone pula...




Penggunaan tona warm yang besesuaian dan tidak 
berlebihan kadangkala memberikan mood yang baik.
AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa


BREAK THE RULES - Kadangkala saya menggunakan tint of color yg sedikit warm seperti magenta dengan sedikit valuenya, untuk menambah depth of field image ini dan sedikit contrast. Walaupun begitu, saya tetap mengawal nilai kelvin yang digunakan supaya hasil photo yang terhasil akan memberi mood tenang dan damai. 


Perkara terpenting yang perlu anda ambil kira ialah keadaan cahaya dan warna di sekeliling anda dan kesesuaian setting warna anda di dalam dslr.



COLOR & TONE: Sunset atau Sunrise

COLOR & TONE: Sunset atau Sunrise


Bertemu kembali dalam blog yg tak seberapa ni... huahuahua Harini, saya nak membincangkan tentang landscape photography, perkaitannya dengan warna dan tona. Harus diingat, penulisan ini tiada kena mengena dengan HDR atau photo manipulation... ia hanya perbincangan secara teori dan sedikit teknikal tentang kesesuaian warna dan tona di dalam landscape photography.


Saya ingin bertanya anda. Kalau sunset, warnanya kebiruan atau kemerahan? Anda pilih. Rata-rata kebanyakan photographer di luar sana, kadang2 ada yang terkeliru dengan benda ni. Anda mungkin ada yang perasan di ruang2 komen Flickr, bila seorang photographer ni upload gamba sunrise, ada photog lain pulak yg komen "Great shot of sunset"... ada yg komen, "Wow, very nice sunrise"... kesian gila photographer yg shoot sunrise tu, dahlaa kena bangun awal pagi..


Oooppss, haa kan dah confuse... mana satu sunrise, mana satu sunset...


So pemilihan warna pada keadaan ini tersangatlah penting. So ini tips mudah utk anda. Jika waktu pagi, anda rasa apa? Sejuk bukan?  Kalau waktu petang, secara normalnya..panas kan? So, based on this feeling.. anda boleh memilih warna dan mood yg betul. Bagaimana? Senang saja, jika anda ingin shoot sunset, setkan pd white balance di dslr anda dengan color2 warm seperti orange/merah/kuning.. manakala jika anda ingin shoot sunrise, setkan lebih biru/ungu pada white balance setting anda.


Ada di antara photographer mempertikaikan teknik mudah ini dgn mengatakan..pemilihan color adalah subjektif. "Aku punya shot, aku punya suka laa". Betul, shot anda, anda punya sukalaa.. tapi meh buang sifat ego tu dan tengok dunia luar. Anda bangun pagi2 dan berdiri mengadap matahari terbit. Lihat bagaimana perubahan tona dan warna di sekeliling anda, dari gelap hitam ke biru gelap kepada keunguan kepada biru dan sedikit kekuningan dan perhatikan sehingga matahari terpancar. Lihat betul2 dan rasa2nya ada tak WARM TONE/COLORS sepanjang itu?


Begitu juga dgn sunset.. perhatikan betul2 perubahan tona yang berlaku dilangit dan di sekeliling matahari. Mostly sunset adalah warm tone & sunrise adalah cool tone. Ini penting, ingat betul2.. sunset warm dan sunrise cool...jangan terbalik... Sebabnya ringkas, Allah jadikan alam ini sangat perfect.. termasuk cahaya dan warnanya, dan bila kita ubah, ia akan jadi tidak tepat atau tidak betul.


Tetapi, ini tidak bermakna anda dikongkong oleh warna2 warm/cool sahaja.. Bermain dgn tona memberikan anda kebebasan untuk mencantikkan shots anda mengikut kesesuaian. Ketika ini, anda perlu pandai bermain dgn color curve, pilih sewajarnya.. mengikut kumpulan warna yg bersesuaian.


Berikut ialah contoh warm tone yang telah digunakan di dalam sunset...


Sunset: Pantai Rambah, Pontian. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa

Manakala, shot berikutnya menunjukkan penggunaan sedikit biru di dalam white balance setting dslr yg digunakan. Sila perhatikan kedua2 shot ini da comparekan moodnya dan perbezaan dari segi tona dan warna.

Sunrise: Nusa Bayu, Nusajaya. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa

Perbezaan warna dan tona yang ketara di antara dua shot ini, menjelaskan dgn nyata mood dan keadaan ketika photo ini di ambil. Fresh feeling, cool and cold adalah begitu jelas dalam shoot sunrise. Manakala sunset menampilkan rasa warm, panas dan terang.. Sesuai dengan keadaan matahari yg terpancar terang.

Jelas, menunjukkan penggunaan warm tone dan cool tone pada keadaan yang bersesuaian mampu memberi impak yg berbeza pada sesuatu photo. Haaaa, amacam? Sudah dapat apakah kesimpulannya. So, pilihlaa warna dan tona anda dengan bijak.

Harus ingat, anda jgn silap pula antara "blue hour , sunset atau sunrise". Blue hour mempunyai kondisi warna sekeliling yang sgt berbeza. Perkara ini akan saya terangkan pada Next post saya ok..

Berikut ni pulak contoh pemilihan tona yang pelik dan pada rasa saya kurang tepat malah kurang enak mata memandang...

Sunrise: Penggunaan kelvin yg berlebihan. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa

Photo di atas menunjukkan penggunaan Kelvin yg berlebihan dari yg sepatutnya. Sedikit "tint" ungu sudah cukup untuk shot ini sebenarnya. Namun, bila penggunaan yg melampaui batas, naturalistic dalam photo ini sudah hilang. TETAPI, jika attention anda untuk meletakkan tone ini di dlm group shots (sbgai identity anda sendiri, x mengapa). Ia hanya menjadi pelik dan salah, jika ia tampil sebagai single shot sahaja.

Sunrise: Penggunaan warna warm untuk sunrise menimbulkan rasa panas, 
warm feeling serta kehilangan fresh feeling yg sepatutnya ada. 
AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa

Photo sunrise di atas, menggunakan color warm yg melampau, yg menunjukkan ia kehilangan rasa "fresh" dan segar serta mengelirukan seakan-akan ia adalah sunset. Maknanya, mood shot ini sudah lari dari definisi awal, iaitu sunrise yg menenangkan...


Sunrise: dengan color yg macam sunset. AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa

Photo di atas, mempunyai color blending yang bagus, tinted kelvin yg kurang melampau dan natural. Tapi sekali pandang, anda pasti ia adalah sunset bukan?  Haaa, konpius bukan?
Padahal shot ini dilakukan pada waktu pagi...hehehe



Sunset: Do you feel like morning? 
AllRightsReserved © 2010 tujuhjiwa

Haaa ini pulak bila sunset menggunakan tona yg purple yang berlebihan. Persoalannya, adakah anda rasa ini waktu sunset? Atau anda akan konpius, sama ada ini sunset atau blue hour atau sunrise? Harus di ingat, blue hour mempunyai tona nya tersendiri... itu akan dibincangkan nanti.

So, selepas membaca semua yg saya tulis ni. Dapatkah korang semua bezakan antara color tone sunset dan sunrise dengan kaedah yg betul?

Own Art Direction

However, memang tidak dinafikan setiap photographer mempunyai art direction tersendiri. Ia terpulang kepada setiap photographer untuk menghasilkan efek2 yang diingininya. Namun, harus di ingat, penataan cahaya, warna dan tona yg baik, mampu menghasilkan efek yang natural, betul dan berkesan. Yang paling penting, anda harus ingat, tona dan warna adalah untuk menghasilkan mood di setiap shot anda. Mood yang bagus, memberi impak yang mendalam. Warna dan tona adalah salah satu cara untuk menghasilkan mood yg bagus.
Tepuk dada, tanya selera.




NEXT POST: Apa dia "blue hour" dan penggunaan warna/tona di blue hour.. 
Sebarang komen dan tokok tambah dari anda amatlah di alu-alukan. Jom kita share knowledge pasal color dan tone di dalam photography bersama2. Jangan kedekut ilmu beb.. jum kongsi2..