Menggunakan format RAW di DSLR



Bekerja Secara Bijak Dengan RAW


File RAW diminati oleh kebanyakan jurugambar sebenarnya adalah berasaskan beberapa sebab. Sesetengah beranggapan, RAW adalah sebagai format "pro's," yang tidak sepenuhnya benar, kerana banyak pro juga menembak menggunakan JPEG. Kelebihan memproses menggunakan RAW penting kerana format RAW dapat memberi lebih dari hanya sekadar sekeping gambar sahaja.

RAW memberi anda kawalan ke atas gambar sepenuhnya yang tidak mungkin dengan JPEG, namun format berharga ini, patut dipertimbangkan oleh setiap jurugambar. Zaman ini, kamera telah menjadi jauh lebih cepat, komputer tidak lagi tersangkut pada file-fail besar, dan anda boleh membeli kad dengan memori yang cukup untuk membolehkan anda untuk menembak RAW + JPEG untuk harga yang berpatutan. RAW + JPEG adalah penyelesaian yang hebat, kerana membolehkan anda mendapat yang terbaik daripada kedua-dua format.

Apabila anda mula bekerja pada file RAW di RAW konverter, anda sedang berhadapan dengan data yang terbaik dari kamera anda. Untuk itu, anda perlu membuat banyak penyesuaian utama (kecerahan, kontras dan warna) mengikut kehendak anda. Anda perlu merancang setiap shot yang anda lakukan, tujuan, kesesuaian dan hasil yang anda hendakkan dari RAW tersebut. Menggunakan format RAW bermakna setiap shot anda adalah berobjektif.

Anda tidak perlu untuk overanalyze setiap foto yang anda ambil sebelum membuka gambar anda di RAW converter, yang mana ini akan kontraproduktif. Anda perlu menghormati foto anda (self respect to your works). Oleh itu, apabila menggunakan komputer anda harus mendapatkan yang terbaik dari gambar anda, tidak bergantung berlebihan dari perisian. Foto dan fotografer harus didahulukan.


Saya akan sambung artikel ini di lain hari =)














1 comment:

  1. Saia tak bisa banyak bahasa DSLR, coz belum pernah megang pun. Hihi..

    ReplyDelete

shoutout ur souls!!!